Sunday, September 7, 2008

'Hubungan FAM, TM kelihatan semakin renggang'

'Hubungan FAM, TM kelihatan semakin renggang'
Oleh Mohd Fadzrie Hazis

KERENGGANGAN hubungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan beberapa persatuan bola sepak negeri kini semakin ketara - malah kini sudah terdapat 'satu pakatan' yang mahu 'memperbetulkan' sekretariat FAM pimpinan Datuk Azzuddin Ahmad. Kegagalan menjana hubungan baik dengan pihak penaja dan penangguhan bayaran kepada pihak yang berurusan dengan FAM adalah antara tindakan Azzuddin yang mencetuskan rasa kurang senang pakatan terbabit. Kekeruhan hubungan dengan penaja utama, TM sudah jelas kelihatan, dengan beberapa tindakan yang diambil FAM kebelakangan ini dilihat membelakangi syarikat komunikasi itu.
Penyisihan TM daripada sebarang pembabitan ketika kunjungan Chelsea Julai lalu dianggap satu kesalahan yang melanggar kontrak tajaan kerana peranan TM adalah sebagai penaja utama skuad kebangsaan, tetapi ia seolah tidak diiktiraf FAM yang mengambil sebuah syarikat pesaing sebagai penaja. Pengumuman Felda sebagai penaja utama Liga Futsal Kebangsaan turut dikatakan menyinggung TM, sehingga satu surat pertanyaan dihantar kepada Azzuddin Ogos lalu berhubung dua kesalahan FAM yang dianggap serius dan mampu membatalkan kontrak tajaan kepada FAM. Lebih menarik, FAM hanya menjemput pihak penaja pada saat akhir untuk menghadiri Mesyuarat Kongres FAM pada 23 Ogos lalu dan wakil media pula seperti tidak dialu-alukan ke dalam dewan.
Berita Harian turut melakukan pendedahan pada 17 Ogos lalu terhadap kegagalan FAM melunaskan bayaran kepada sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan mencetak tiket bagi semua pertandingan Liga Malaysia, musim ini. Ketika itu, jumlah tunggakan berjumlah RM 954,144 dan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada 23 Ogos lalu ia dianggarkan melebihi RM 1 juta untuk keseluruhan musim 2007/08. Selepas beberapa surat guaman dihantar, FAM hanya membayar RM100,000 kepada syarikat pada penghujung musim lalu dan jelas ia bukan satu kaedah baik untuk berurusniaga.

Pro & Kontra: Keringat Presiden FAM harus dihargai

Pro & Kontra: Keringat Presiden FAM harus dihargai
Oleh Raja Ahmad Zainuddin



ALHAMDULLILAH, bersyukur kita kerana masih dapat menyambut bulan Ramadan. Semoga bulan yang mulia ini akan memberkati kita semua.

Selaku ahli majlis dan anggota exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Sultan Ahmad Shah yang menerima ijazah kehormat dari Universiti Bedfordshire di Luton, United Kingdom.



Presiden FAM menerimanya, Jumaat lalu di atas sumbangan kepada bola sepak. Tuanku bukan sahaja terkenal dalam dunia sukan tersebut di Malaysia, bahkan juga di rantau Asia.

Ketika Tuanku menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), buat pertama kali benua kita berjaya menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Malah, bagaikan tidak percaya bagaimana kejohanan berkenaan mampu mencantumkan semula dua musuh ketat, Korea Selatan dan Jepun yang bersedia menjadi tuan rumah.

Baginda mempengerusikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan masakan mereka memandang benua ini bagi anggota untuk dianugerahkan status tuan rumah Piala Dunia.

Pada era Tuanku juga AFC berdiri megah kerana akhirnya berjaya memiliki pangkalan sendiri dengan terbina Bangunan AFC di Kuala Lumpur. Sebelum ini 'markas' berkenaan kerap bertukar tempat.

Bahkan Tuanku sendiri mengeluarkan sejumlah wang saku bagi merealisasikan pembangunan Wisma AFC itu. Dua presiden terdahulu juga dari Malaysia iaitu - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dan Tan Sri Hamzah Abu Samah.

Kini jawatan yang selama ini dikuasai wakil negara kita berpindah tangan apabila Tuanku mengambil keputusan mengundurkan diri. Baru-baru ini, Presiden AFC, Mohamed Hamman mencetuskan kontroversi kerana mahu memindahkan bangunan AFC ke tempat lain.

Tuanku bukan sahaja berjasa kepada kemajuan bola sepak Asia, malah tidak asing lagi kepada dunia bola sepak tanah air. Di zaman baginda bermulanya era bola sepak profesional.

Semoga dengan anugerah itu, Tuanku akan terus menjadi simbol dan nadi utama FAM bagi terus membangunkan bola sepak negara dan melangkah lebih jauh ke hadapan.

Wednesday, December 26, 2007

Sathia kekal latih skuad senior-Letak jawatan jika gagal Piala AFF

DUA kali ditimpa kegagalan tahun ini, tuah masih jelas menyebelahi B Sathianathan yang semalam disahkan kekal menerajui kemudi selaku jurulatih skuad bola sepak kebangsaan. Pengesahan itu diluahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin, di sebalik kehampaan Sathia menunaikan sasaran membimbing skuad Bawah 23 Tahun negara merangkul pingat emas ketika temasya Sukan Sea di Korat, baru-baru ini.
Malah pengendali itu bersama barisan pemain hampir sama, turut gagal pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik ketika kehadiran beberapa tonggak berpengalaman bagaimanapun menyaksikan anak buahnya muncul juara Pestabola Merdeka, Ogos lalu. Bagi Khairy, Sathia tidak wajar disalahkan sepenuhnya atas kegagalan di Korat dan perlu diberi peluang membimbing skuad senior di Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), dijadualkan hujung tahun depan. “Saya percaya kita mempunyai pasukan B-23 yang mantap di Korat. Mungkin ada kesilapan strategi, tetapi Sathia tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya.

“Dia akan kekal sebagai jurulatih kebangsaan. Saya juga akan mengadap Presiden (Sultan Ahmad Shah) di London untuk menyerahkan laporan saya dan Sathia mengenai prestasi di Korat,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak pemain skuad Harimau Muda, semalam. Keputusan itu menyaksikan Sathia menjadi jurulatih kedua selepas Abdul Rahman Ibrahim dikekalkan jawatannya biarpun selepas gagal di Sukan Sea 1999, Brunei. Sathia bingkas menyuarakan penghargaan terhadap keputusan itu dan berjanji akan berpegang kepada pendirian meletak jawatan andainya skuad negara gagal pada Piala AFF nanti. “Saya berterima kasih terhadap kepercayaan ini. Saya berjanji andainya gagal di Piala AFF, saya akan meletak jawatan. Bagi saya, pemain sentiasa memberi usaha 100 peratus sepanjang tempoh bersama saya.
“Tiada apa lagi boleh saya minta selaku jurulatih. (Namun) kegagalan di Korat menjadi pengajaran dan kerja keras perlu bermula dengan perancangan untuk menghadapi Piala AFF nanti,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Khairy turut mengumumkan hasrat FAM untuk membentuk skuad Malaysia B yang akan berwatak selaku pelapis kepada himpunan pemain senior dalam barisan utama. Pemain skuad pelapis itu akan turut diberi pendedahan peringkat antarabangsa untuk memastikan mereka bersedia memikul tanggungjawab apabila diserapkan ke pasukan utama nanti.

Beri tumpuan pembangunan belia: Khairy

BERIKAN tumpuan kepada pembangunan belia. Itulah teguran membina yang terbit dari mulut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin kepada ahli gabungan negeri kerana kurang memberi penekanan terhadap aspek pembangunan belia. Ia jelas satu mesej keras – sekali pun bukan sesuatu yang baru dalam senario bola sepak tanah air – agar setiap gabungan bangkit dan lebih kreatif dalam menggilap barisan muda tanpa menunggu arahan dan subsidi badan induk bagi tujuan berkenaan. Bagi Khairy, selagi persatuan bola sepak setiap negeri tidak menggandakan usaha pembangunan belia, selagi itu FAM terpaksa memikul beban berseorangan dan penubuhan pasukan Harimau Muda yang terdiri daripada pemain Bawah 19 Tahun kebangsaan adalah antara usaha pembangunan belia FAM.
Menurutnya, FAM meletakkan skuad B-19 atau Harimau Muda itu bersaing dalam Liga Perdana bertujuan memberi pendedahan kepada pemain beraksi dalam kesebelasan utama, memandangkan sebahagian besar pemain sukar mendapat tempat dalam skuad utama negeri masing-masing. "Saya berharap pada tahun depan, ahli-ahli gabungan negeri dan FAM akan dapat membentuk program pembangunan belia yang berkesan. Sehingga itu, FAM terpaksa terus menanggung beban membentuk dan memupuk pemain belia terbaik negara. "Walaupun skuad B-23 kebangsaan gagal di Korat, ada 15 pemain secara keseluruhan yang masih layak beraksi di Sukan Sea Laos pada 2009. Saya yakin beberapa pemain dalam skuad B-19 ini juga boleh diserapkan untuk membentuk skuad kebangsaan mantap.

"Jika pemain-pemain ini kekal bersama negeri masing-masing, bukan semua yang dapat beraksi dalam kesebelasan utama malah ada juga yang hanya beraksi dalam skuad Piala Presiden. Kini mereka berpeluang bersaing dengan pemain profesional yang lebih senior," kata Khairy, ketika sidang media menandatangani kontrak pemain skuad Harimau Muda. Sebelum ini, FAM pernah meletakkan skuad Olimpik 2000 dalam saingan Liga Perdana tetapi gagal di pusingan kelayakan Olimpik, namun Khairy mempunyai keyakinan skuad Harimau Muda kali ini mempunyai potensi yang lebih baik. "Pasukan ini sebenarnya bermula di landasan tinggi, ketika pusingan kelayakan AFC (Gabungan Bola Sepak Asia) Bawah 20 tahun. Pasukan ini hanya tewas tipis dengan China dan berupaya menewaskan Singapura dengan jaringan besar. "FAM tidak meletakkan sasaran untuk skuad Harimau Muda dalam saingan Liga Perdana, kerana ia adalah pasukan pembangunan tetapi saya yakin pemain tidak akan menghampakan FAM, " kata Khairy yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan.
Khairy juga menjelaskan tiada masalah pelepasan pemain dari persatuan negeri, kerana setiap negeri sudah dimaklumkan mengenai pelepasan pemain mereka ke skuad Harimau Muda. Namun, FAM masih belum menentukan sama ada skuad ini akan terus beraksi atau tidak dalam Liga Perdana musim depan.

Monday, December 10, 2007

Bolasepak Malaysia Juga Patut Letak Jawatan

Setelah wang rakyat habis berjuta juta ringgit untuk (meraih kekalahan) Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia pun letak jawatan. Dikuti pula teladan Tengku Dollah oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad. Sungguh terpuji amalan ini!
Sementara Tetuan el Hakim bersyarah perihal etimologi Pengecut diblognya, dan sebelum itu perihal orang Malaysia tidak layak bermain bola, apa kata kita mengambil jalan tengah? Lantik saja TG Nik Aziz atau mana mana tokoh pembangkang sebagai kepala untuk bolasepak Malaysia.
Dari segi ekonomi pula, segala usaha yang mencurahkan wang juta jutaan untuk bolasepak ini samalah juga seperti belanja yang kerajaan keluarkan untuk meneruskan talian hayatnya kepada industri automobil nasional (ejaan otomobil yang EON gunakan itu standardkah?). Jika tiada kelebihan komparatif, ada baiknya tidak diteruskan usaha ini, malah elok saja ditumpukan kepada satu bidang sukan yang kita punyai kelebihan komparatif, yakni badminton. Bijakpandai Melayu pernah berpesan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Era Bertalan Bicskei

Di dalam separuh kedua pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol Hungary dan jurulatih kebangsaan, menggantikan Allan Harris pada 1 Julai 2004.
Jurulatih-jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon-calon pengganti bagi kedudukan ketua jurulatih Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju pada Bicskei.
Bicskei telah membawa pasukan kebangsaan ke tempat ketiga pada pertandingan, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh pemberita tempatan. Berita tempatan telah tidak bersetuju dengan Amri Yahyah dan Khalid Jamlus, yang mana bukan merupakan pemain utama semasa pengawasan. who Bicskei was demoted to youth development duties by FAM for his actions during a friendly against Singapore in Penang on June 8 2005. Bicskei, disgusted by the standard of officiating, threw a bottle onto the pitch before storming to confront a Singapore player. In September, 2005 the contract was terminated after mutual agreement. The reason was that Bicskei tried to assure international friendlies for the national team, but the Football Association of Malaysian had different views.[

Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan bolasepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bolasepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendali skuad kebangsaan bolasepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang disangka.
Persatuan Bolasepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negeri.
Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya mendapatkan pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA, namun ruangan-ruangan akhbar begitu jelas mempertikai kredibiliti beliau sebagai jurulatih professional. Tindakan tersebut lebih memberatkan lagi tugas beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan bolasepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia kalah kepada China 0-4 dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.