Monday, December 10, 2007

Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan bolasepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bolasepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendali skuad kebangsaan bolasepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang disangka.
Persatuan Bolasepak Malaysia menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negeri.
Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.
Beliau berjaya mendapatkan pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA, namun ruangan-ruangan akhbar begitu jelas mempertikai kredibiliti beliau sebagai jurulatih professional. Tindakan tersebut lebih memberatkan lagi tugas beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan bolasepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia kalah kepada China 0-4 dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia.
Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

No comments: