Monday, December 10, 2007

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia merupakan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan ianya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA, walaupun pasukan tersebut layak untuk bermain di Olimpik 1980 di Moscow. Bagaimanapun, Malaysia tidak mengambil bahagian selepas menyertai boikot yang diketuai oleh Amerika Syarikat disebabkan oleh pembabitan Kesatuan Soviet di dalam pencerobohan ke atas Afghanistan.


Penampilan Olimpik pertama bagi Malaysia adalah dalam tahun 1972 di Munich. Manakala menghadapai kekalahan pada tuan rumah Jerman Barat dan Maghribi, Malaysia dapat menewaskan USA 3-0. Tahun-tahun terbaik bagi bolasepak Malaysia adalah dari awal 70-an hingga ke awal 80-an, zaman di mana Malaysia dan Korea Selatan adalah dua musuh utama di Asia Timur.


Bagaimanapun, di waktu Korean seterusnya meningkat untuk bertanding dengan beberapa kejayaan pada pentas dunia, aras kompetitif Malaysia telah menurun. Dengan bolasepak Malaysia tidak dapat mendominasi walaupun pada aras Asia Tenggara, peminat bolasepak tempatan juga, disebalik pembentukan Liga Super Malaysia dalam tahun 2004, perlahan-lahan memusingkan minat mereka ke liga-liga luar negara di Eropah.


Kedudukan pasukan kebangsaan Malaysia di ranking FIFA jatuh kepada kedudukan paling rendah iaitu 153 dalam bulan Oktober 2006.

No comments: